Marhaen Malaysia

Gerakan Rakyat Akar Umbi

Terkini

SIAPAKAH KAMI?

Marhaen Malaysia adalah Gerakan Rakyat yang beraspirasi tinggi, menggabungkan semua kelas, kawasan, dan kumpulan rakyat dalam semangat BERSIH MERAH.

Diinspirasikan oleh istilah marhaen dari Soekarno, yang merujuk kepada golongan rakyat biasa yang hidup sederhana, marhaen adalah simbol perjuangan anti-penindasan dan anti-kapitalisme, memperjuangkan keadilan sosial

Gabungan

Menggabungkan semua rakyat MARHAEN

Tuntutan

Mengetengahkan tuntutan dan aksi setiap sektor

Kuasa Ketiga

Membina satu kuasa ketiga yang mewakili kepentingan rakyat MARHAEN

Bagaimana dan bila MARHAEN ini ditubuhkan?

Pada Januari 2017, satu renungan muncul untuk menubuhkan satu organisasi baru untuk gantikan JERIT  yang dulunya satu Gerakan Rakyat yang kini sudah tukar menjadi satu NGO.

Pada asalnya ia dinamakan Kuasa ketiga iaitu Kuasa Rakyat. Ia berwajah Gerakan Rakyat yang meliputi gabungan kumpulan-kumpulan akarumbi yang diorganisasi terus oleh PSM dan gabungan kumpulan NGO yang meliputi antaranya kumpulan Buku jalanan, Kolektif-kolektif kiri,kumpulan budaya /seni kiri, kumpulan alam sekitar  dan kumpulan anti Kapitalis. Kemudian NGO yang lebih formal seperti SUARAM, BERSIH, Agora, Empower dan lain-lain juga dijemput menyertai inisiatif ini. 

Play Video
Organisasi
0
Rakyat Marhaen
0

Jaringan Kami

Anggota utama MARHAEN adalah dikategorikan dalam dua bahagian iaitu Gabungan masyarakat MARHAEN dan Kumpulan-kumpulan kolektif sosial, Networks dan NGOs.
Gabungan utama dalam MARHAEN adalah:

Cara Bersolidariti