Para pesawah menuntut kerajaan menukar semua subsidi input untuk pengeluaran padi kepada bentuk tunai.
Perkara itu dimaklumkan dalam memorandum Jaringan Pengeluar Makanan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob selaku pengerusi Jawatankuasa Sekuriti Makanan Negara.
“Ketika ini, untuk mengekalkan harga runcit beras tempatan pada RM2.60 sekilogram, kerajaan memberikan subsidi seperti Skim Baja Padi kerajaan Persekutuan, Skim Intensif Pengeluaran Padi, Insentif pengeluaran benih padi sah dan Insentif Harga Padi.
“Semua subsidi ini (kecuali insentif harga padi) tidak diberikan terus kepada pesawah sebaliknya kepada syarikat-syarikat terpilih.