Siapakah kami?
Pada 25 Oktober 2015, Community Development Centre (CDC) bersama cawangan PSM Kajang dan Semenyih telah menganjurkan satu Forum isu-isu flat Kos Rendah yang dihadiri oleh 30 wakil dari 11 Flat Pangsapuri Kos Rendah yang terletak di kawasan Kajang, Semenyih, Cheras dan Dusun Tua. Forum ini mengambil tempat di Dewan MPKj Taman Mesra, Kajang.
Ini adalah antara usaha pertama untuk mengenali permasalahan yang dihadapi oleh golongan B40 di kos flat rendah yang dikordinasi usahasama kumpulan kordinasi 5 kawasan (CDC, PSM Semenyih, Kajang, Banting & Dengkil) .
Kesimpulannya, dicadangkan flat kos rendah harus dibawah kerajaan negeri Selangor. Satu mesyuarat bersama semua yang terlibat diadakan untuk hantar satu memorandum kepada kerajaan negeri.
Inisiatif ini tertumpu di Hulu Langat dari tahun 2015-2018.
Pada tahun 2019, Marhean dibentuk dan usaha untuk menjaringkan flat kos rendah dalam negeri Selangor dimulakan.
Pencapaian Kami
Gabung
Gabungan Flat Kos Rendah menggabungkan [enghuni fat kos rendah di seluruh Malaysia untuk berjuang mendapatkan hak mereka.
Bersatu
Gabungan Flat Kos Rendah menyatukan penghuni flat kos rendah membawa isu mereka kepada kerajaan supaya penyelesaian dicapai
Lawan
Gabungan Flat Kos Rendah melawan penindas dan memastikan penghuni flat kos rendah tahu tentang hak mereka
13 Oct 2019 : Jaringan Flat Kos Rendah Marhaen telah mengemukakan 6 tuntutan kepada wakil KPKT En Zamry, En, Syaiful & En Buhairi. Terima kasih kerana mengambil masa untuk mendengar pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh kesemua JMB. Lokasi Pejabat NUBE, Brickfields.
18 Jan 2017: Mesyuarat wakil JMB dari 3 kawasan DUN, Kajangm Semenyih dan Dusun Tua pada 18hb Jan 2017 membincangkan langkah seterusnya untuk kempen.
23 Feb 2017 : Wakil Jawatankuasa Flat Kos Rendah Hulu Langat telah hantar Surat kepada Pejabat Menteri Besar Selangor untuk mohon satu perjumpaan dengan MB dan untuk minta Kerajaan Negeri mengambil alih penyelengaraan flat kos rendah. Sesalinan surat ini juga dipanjangkan kepada Y.B. Dato Iskandar bin Abdul Samad Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar
12 Mac 2017: Jerit booth di flat kos rendah di Kemacahaya . Berikan penerangan tentang Kempen Kos flat rendah supaya kerajaan negeri Selangor ambil alih penyelengaraan flat kos rendah. Kami juga berikan penerangan tentang inisiatif dan bantuan yang disediakan Oleh negeri Selangor
Jun-Julai 2016 : Survey untuk mengenalpasti kos flat rendah dikawasan Dusun Tua dijalankan. Sebanyak 11 buah flat kos rendah telah dikunjungi oleh kordinator CDC.
28 Julai 2016 : Mesyuarat Flat-Flat di Kawasan Semenyih diadakan
AKTIVITI KAMI
Senarai aktiviti kami terkini tertera di bawah
Labourers seek PM’s intervention in long-standing housing problem
Written by Puteri Aisya Sufian (Malaysia Kini) A group of labourers hailing from Cameron Highlands has sent a memorandum to Prime Minister […]