Siapakah kami?
Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) adalah satu entiti yang dianggotai oleh pekerja-pekerja kontrak dari premis kerajaan seperti pekerja-pekerja pembersih, pengawal keselamatan dan pekebun.
JPKK bermula dengan perbincangan tentang isu sistem kontrak pada tahun 2004. Perbincangan ini telah mewujudkan idea untuk keluarkan risalah dan sebarkan kepada pekerja yang mengalami masalah.Pada tahun 2015, fokus kami mula di sektor kerajaan apabila beberapa kes pekerja pembersih di sekolah tidak dibayar gaji untuk beberapa bulan.
Kami membuat satu kajian melalui cawangan-cawangan Parti Sosialis Malaysia (PSM) tentang situasi benar. Kes ini menjadi pencetus penubuhan JPKK. Sehingga sekarang kita ada lebih daripada 300 pekerja kontrak yang menjadi ahli di JPKK. Pekerja-pekerja kontrak ini adalah dari hospital, sekolah, Majlis Perbandaran, mahkamah, Pejabat Daerah dan lain-lain.
Misi kami adalah untuk menuntut kerja tetap untuk pekerja-pekerja kontrak di premis kerajaan seperti pengawal keselamatan, pembersih dan pekebun!
Bantu
Aktivis JPKK sering membantu pekerja kontrak di premis kerajaan dengan kes-kes mereka melawan majikan yang menindas
Gabung
JPKK menggabung pekerja-pekerja kontrak dari premis kerajaan untuk berjuang bersama
Lawan
JPKK mengorganisasi pekerja melawan majikan yang menindas di mahkamah dan jalan raya
Ingin Membantu Kami?
Aktiviti Kami
Senarai aktiviti kami terkini tertera di bawah
At Sabak Bernam schools, cleaners slog without pay for 4 months
Even before the first school bell rings in the morning, cleaner Kak Zahirah (not her real name) is hard at work at […]
MGNews : Pekerja Permbersihan Di Sabak Bernam Tuntut Gaji
Wakil pekerja sekolah bercakap kepada media semasa berkumpul bagi menuntut tunggakan gaji empat bulan di hadapan Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Putra Perdana […]