Siapakah kami?
Pekerja sokongan di hospital kerajaan dibayar gaji rendah, hanya RM1,200 sebulan. Mereka bekerja di hospital kerajaan, tetapi digajikan oleh syarikat swasta yang mengaut keuntungan besar daripada kerja mereka (dapatkan maklumat keuntungan yang UEMS dapat pada tahun lepas!). Pekerja diperangkap dengan kontrak yang tidak adil, yang juga disifatkan sebagai perhambaan moden oleh Tribunal Wanita. KPSHK telah berjuang di jalanan dan di mahkamah untuk memperbaiki keadaan kerja pekerja sokongan di hospital kerajaan. Tetapi Kesatuan selalu disekat/dihalang oleh syarikat yang mempertahankan keuntungan mereka. Majikan juga mengecam dan mangsakan pekerja yang aktif dalam kesatuan.
Gabung
Gabungan ini merangkumi semua pekerja kontrak swasta hospital kerajaan yang terutamanya memberi perkhidmatan penting seperti keselamatan, pembersihan, dan sebagainya
Bersatu
Gabungan ini berhasrat untuk mewakili semua pekerja kontrak hospital kerajaan dan melindungi hak mereka.
Lawan
Gabungan ini melawan diskriminasi dan sikap tidak adil terhadap semua pekerja kontrak swasta hospital kerajaan dengan sikap solidariti dan menjuang hak samarata.
Tuntutan Kami
Hapuskan Sistem Kontrak & Serap Semula Pekerja sokongan hospital sebagai kakitangan kerajaan
Bayar Elaun Covid-19 Kepada Semua Pekerja Sokongan di Hospital Kerajaan
Hentikan Pemerasan Kesatuan
Aktiviti kami
Senarai aktiviti kami terkini tertera di bawah
Kemaskini Kes Pertikaian Perusahaan – Kerana Pemerasan Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia oleh 3 syarikat telah ditetapkan untuk dibicara 14/03/2022 hingga 17/03/2022 :
- Edgenta UEMS
- Edgenta Mediserve
- UEM Berhad
Namun demikaian, kes yang dijadualkan untuk perbicaraan telah ditangguhkan atas permohonan pihak Syarikat kerana ingin mencari penyelesaian melalui rundingan damai. Mahkamah dimaklumkan rundingan akan diadakan pada 21/03/2022.
Mahkamah dengan ambilkira pendirian Kesatuan, yang secara prinsipnya, bersetuju mencari penyelesaian damai, Mahkamah telah menetapkan 23/03/2022 untuk Sebutan kes semula.
Kesatuan ingin mengucapkan terima kasih atas perhatian dan sokongan kepada saudari saudara sekalian, bersama-samalah kita berharap ada satu perbincangan yang bagus.
Hidup Kesatuan
Hidup Pekerja
#CleanerJugaFrontliner
Hari ini Kesatuan Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Hospital Kerajaan bersama Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan – JPKK , Parti Sosialis Malaysia , UNI-MLC , dan NGOs turun ke Pejabat Perdana Menteri untuk serah Memorandum kepada PM untuk bentang Gaji Minima RM1500 di parlimen yang akan datang akhir bulan ini.
Kerajaan seharusnya kaji balik gaji minima setiap 2 tahun dan mengumukan gaji minimum baru. Tetapi sekarang sehingga sekarang tiada sebarang tindakan untuk kaji balik gaji minimum.
Selain daripada itu,menurut Jabatan Perangkaan, Garis Kemiskinan (PGK) adalah RM2,208, tetapi gaji minimim HANYA RM1200, jauh rendah daripada garis kemiskinan
Justeru, Kesatuan menyeru kepada kerajaan peka kepada suara kaum pekerja, naikkan gaji minimum kepada RM1500 SEGERA!
Walaupun tekanan dari majikan masih berterusan tetapi EXCO kesatuan tetap berani dan bangga dengan butangkan badge kesatuan dan tuntutan utama kami
YB Khairy Jamaluddin menerima memorandum kami! Malah YB juga mengakui adalah tanggungjawab KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA untuk menjaga kebajikan pekerja sokongan di hospital kerajaan!
Kempen : Dari Penang Ke Putrajaya – Pekerja Hospital Bermotor menuntut hak
【Sidang Media 21 Jan 2022】Dari Penang Ke Putrajaya : Pekerja Pembersih Hospital Kerajaan Bermotor Menuntut Hak
Pekerja Frontliner piket di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan
HENTIKAN PENINDASAN TERHADAP FRONTLINER】
Hospital Tanjung Rambutan mengadakan Tindakan Perusahaan pada hari ni 3:30 petang.
Info-graphic ini akan terangkan apa penidasan dan kenapa pekerja nak piket.
Kesatuan telah melakukan beberapa percubaan untuk berunding dengan UEMS, untuk memperbaiki keadaan kerja untuk pekerja pembersih dan kakitangan perkhidmatan lain. Tetapi, Edgenta UEMS enggan untuk bekerjasama dengan kesatuan.
Berdasarkan pengalaman, Kesatuan tahu UEMS tidak akan memperbaiki keadaan kerja tanpa pengawasan dan tekanan dari awam. Oleh itu, kesatuan merancang untuk mengadakan tindakan perusahaan (industrial action) pada 17 September 2021. Pekerja akan mengadakan piket di luar Hospital Tanjung Rambutan di Perak pada jam 3:30 petang
Sudah 1 tahun lebih, Adakah nasib Pekerja Cleaner sudah berubah ?
Tahun lepas bulan June, Kesatuan bersama aktivis-aktivis berkumpul di luar Hospital Ipoh untuk menyerahkan memorandum kepada majikan Edgenta UEMS. Memorandum tersebut adalah mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja – pekerja pembersihan di Hospital Ipoh.
Antaranya adalah:
1. UEMS melakukan pemerasan kesatuan (union busting) secara berterusan terhadap pekerja, seperti tidak benarkan ahli kesatuan menjalankan aktiviti kesatuan seperti berjumpa dengan pekerja lain semasa waktu rehat, diugut dan dihasut.
Semua perlakuan ini telah menyebabkan pekerja berasa amat tertekan, takut dan menjejaskan aktiviti Kesatuan mereka.
Terdapat juga pekerja berhenti kerja atas tekanan yang diberi oleh UEMS, “mentally breakdown” sehingga hendak bunuh diri.
2. UEMS tidak bekalkan PPE yang secukupnya kepada pekerja.
Jika pekerja perlukan PPE atau pelitup muka yang lebih disebabkan keperluan kerja, pekerja dimarahi oleh UEMS.
Pekerja Cleaner adalah salah satu frontliner yang sangat penting tetapi keselamatan dan nyawa mereka tidak dihargai.
3.Kerajaan tidak mengiktiraf pekerja cleaner sebagai salah satu Frontliner. Sedangkan pekerja cleaner juga bertungkus lumus dan sanggup berkorban untuk mengawal wabak Covid-19.
4. Kerajaan juga tidak memberi sebarang elaun frontliner kepada pekerja cleaner yang kerja di wad Covid-19. Sedangkan frontliner lain seperti doktor dan jururawat yang kerja di wad Covid-19 mendapat elaun bulanan RM600 dan elaun one-off RM300. Kenapa wujud diskriminasi sebegini dalam keadaan pandemik sekarang?
5. Serap semua pekerja cleaner di hospital kerajaan sebagai pekerja kerajaan dan bukannya sebagai pekerja kontrak.
Sudah 1 tahun lebih, adakah isu-isu ini semua telah selesai?
TIDAK. SEHINGGA SEKARANG, MASALAH-MASALAH TIDAK DISELESAIKAN.
Pekerja masih menghadapi pemerasan kesatuan daripada UEMS,
Kerajaan masih tidak mengiktiraf pekerja cleaner sebagai Frontliner,
Pekerja masih tidak dapat sebarang elaun Frontliner dari Kerajaan, dan
Pekerja masih tidak mendapat PPE yang secukupnya.
Adakah ini caranya untuk menghargai jasa frontliner?
||Frontliner Bukan Komoditi!! ||
Seorang pekerja cleaner yang bekerja di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang tidak diberi vaksin terus bekerja sehingga dijangkit #Covid19 dan meninggal dunia.
.
Kenapa pekerja cleaner sebagai salah satu petugas #frontliner yang penting tidak diberi vaksin,dan kenapa KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dengan majikan konsensi utama Radicare & sub-kontraktor HARTA tidak mengambil berat , supaya memastikan semua pekerja cleaner telah divaksin sebelum bekerja?
.
Pengabaian daripada ketiga-tiga pihak telah menyebabkan tragedi ini berlaku. Tragedi ini hanya “tip of the iceberg”. Maka kesatuan pekerja swasta hospital kerajaan bawa 5 tuntutan:
1. Bayaran pampasan kepada keluarga pekerja cleaner yang telah meninggal dunia , dan membantu mereka dalam urusan seterusnya.
2. Kementerian kesihatan harus buat siasatan dan ambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi ini.
3. Kementerian kesihatan perlu memastikan semua frontliner, termasuk pekerja cleaner dan pekerja pengawal di semua hospital kerajaan divaksin sepenuhnya, dan juga dibekalkan PPE yang secukup-cukupnya, supaya tiada pekerja dijangkit Covid-19 di tempat kerja
4. Elaun dan inisiatif Covid-19 yang diberi kepada frontliner, harus diberi kepada pekerja cleaner di hospital kerajaan tak kira pekerja tempatan atau pekerja asing
5. Mengakui dan menghargai jasa-jasa pekerja cleaner sebagai frontliner yang penting dalam memerangi pandemik Covid-19.
Kesatuan menyeru kepada rakyat bahawa share and kongsikan tragedi ini kepada orang ramai, dan sama-sama beri tekanan kepada ketiga-tiga pihak iaitu:
Kementerian Kesihatan Malaysia
Radicare Sdn Bhd
HARTA Maintance
Terima Kasih!
Merujuk kepada kes ini, pihak polis telah mengambil statement dari 5 orang dan statement dari wakil kesatuan mengenai kes ini pada 22 & 23hb Jun.
Update terbaru dari Hospital Seri Manjung
Wakil UEMS Edgenta Eric Lee (Head of Client Consult) telah menerima aduan Kesatuan. Beliau janji akan bawa aduan tersebut kepada pihak pengurusan UEMS Edgenta dan beliau juga janji akan memberikan maklum balasa pada 20 Mei 2021.
#CleanerJugaFrontliner
Hari ini KESATUAN menyerah Memorandum kpd KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA mengenai 4 tuntutan utama :
1)Pekerja2 umur 60 tahun keatas dihenti kerja atas sebab yang tidak munasabah
2)Pengangkutan ditamatkan dan pekerja merana disebabkan tiada pengangkutan
3) Pekerja dipaksa kerja banyak lokasi sehingga tidak dapat jaga kebersihan lokasi-lokasi dengan bagus
4) Pekerja diseksa & diperas oleh UEMS sehingga pekerja tidak boleh tahan, ad ajuga pekerja ada depression sebab diperas oleh UEMS
———-
Update terkini:
Pegawai KKM telah terima memorandum dan berjumpa pekerja di lobby KKM
𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐔𝐠𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐃𝐢 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐢 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐁𝐮𝐫𝐮𝐡!
Pada 31 Dec 2020, Kesatuan telah buat aduan terhadap seorang pengawai JTK Taiping yang bernama Pn. Nor Zeyana, bahawa beliau menghasut dan mengugut pekerja untuk tarik balik kes mereka di JTK.
#32Pekerja_Tarik_Balik_Kes_Buruh
Tinkah laku Pn. Nor Zeyana adalah tidak professional dan tidak beretika dan telah menyebabkan 32 pekerja tarik balik kes mereka di JTK. Pekerja-pekerja ada hak untuk menuntut hak mereka di JTK dan juga di mahkamah buruh, tiada sesiapa boleh halang, ugut atau hasut pekerja untuk tarik diri.
Selepas Kesatuan buat aduan terhadap Pn. Nor Zeyana, Kesatuan tidak dapat sebarang maklumat daripada JTK , bahawa adakah Pn. Nor Zeyana disiasat atau diambil sebarang tindakan SEHINGGA SEKARANG.
#Pegawai_JabatanBuruh_Tidak_Beretika_Tetapi_Tiada_Siasatan?
Lebih teruknya adalah, JTK masih membenarkan Pn. Nor Zeyana menjadi pegawai yang mengendalikan kes mahkamah ini, dan membenarkan beliau menjadi “Chairperson” dalam mahkamah dan diberi kuasa muktamad untuk buat keputusan atas kes tersebut.
Kes mahkamah tersebut berlaku pada 23 Mac 2021. Pn. Nor Zeyana selaku pegawai yang menguruskan kes tersebut berkelakuan biadap, membuli pekerja serta bersikap berat sebelah dengan menyokong pihak majikan dalam perbicaraan kes.
Malah, wakil pekerja dihalau keluar apabila wakil pekerja membuat bantahan terhadap perlakuan Nor Zeyana yang mengintimidasi dan membuli pekerja.
Semasa perbicaraan kes, soalan-soalan yang ditanya oleh Nor Zeyana bagi pihak Mahkamah langsung tidak berkaitan dengan kes tuntutan 1 jam sebagai gaji kerja lebih masa dan berpihak kepada majikan serta sengaja mencari kesalahan pekerja sehingga pekerja berasa keliru dan tertekan dengan soalan-soalan Nor Zeyana.
#Kenapa_Pengawai_Tanya_Soalan_yang_tiada_kaitan_dengan_kes?
Antara soalan-soalan yang ditanya oleh Nor Zeyana adalah seperti berikut :-
* Pengiraan OT – Pekerja ditekan bertubi-tubi oleh Nor Zeyana sehingga mereka tidak boleh menjawab kerana tuntutan dalam kes dibuat dengan bantuan Kesatuan dan pastinya “lay person” yang tidak begitu faham dengan perkiraan OT sukar untuk menjawab.
* Pernah pergi tandas?
* Berapa lama masa you duduk? Sebab kerja you pembersihan, jadi kerja you berdiri saja kan ?
* Kalau kerja sehari, berapa lama you duduk?
* dan banya lagi soalan-soalan yang tiada sebarang berkaitan dengan kes-kes tersebut.
Berdasarkan perlakuan-perlakuan Pn Nor Zeyana di atas, sangat jelas menunjukkan beliau tidak beretika, tidak professional serta bertujuan untuk membuli dan mengaibkan pekerja di depan majikan. Pn Nor Zeyana bersama-sama dan bersekongkol dengan wakil majikan menyindir dan menggelakkan setiap jawapan yang diberi oleh pekerja.
#Pegawai_Tindak_Balas?
Perlakuan-perlakuan ini merupakan tindak balas daripada aduan yang dibuat oleh Kesatuan pada 31-12-2020 dan 08-01-2021 kepada Tuan/Puan atas sikapnya yang tidak berprofessional yang mengugut dan memaksa pekerja untuk menarik balik kes tuntutan mereka. Perlakuannya sangat jelas menunjukkan Nor Zeyana membalas dendam terhadap pekerja-pekerja dan wakil Pekerja (Kesatuan).
Disebabkan perlakuan-perlakuan Nor Zeyana yang biadap dan tidak professional ini, telah menimbulkan keraguan di kalangan pekerja-pekerja mengenai ketelusan dan penghakiman yang betul dan adil dalam kes tuntutan ini kelak.
Kesatuan menyeru pihak JTK dan Menteri Sumber Manusia mengambil tindakan SERTA-MERTA terhadap Nor Zeyana yang membuli pekerja dan menyokong majikan serta gagal mengendalikan kes ini dengan professional dan berhemat.
Kesatuan menuntut untuk menggurkan kelayakan Nor Zeyana untuk mengendalikan kes ini serta menyingkirkan Nor Zeyana daripada kes ini untuk mendapatkan keadilan yang sewajanya.
Kenapa Kerajaan patut iktiraf cleaner sebagai frontliner?
Chee Han dari Agora Society Malaysia 群议社 :
petugas cleaner bukan maid, mereka adalah profesional dalam tugas pembersihan. Jika tidak, doktor-doktor dan nurse-nurse lain cubalah bersih. Cleaner juga frontliner, semua dalam perahu yang sama.
Nisha dari KRYSS :
Mereka melalui diskriminasi setiap hari dalam setiap aspek. Walaupun mereka mempertaruhkan nyawa sendiri, tanpa cleaners kami, siapa yang akan bantu ketika pandemik ini? Kenapa kita biar mereka terdedah pada virus ini untuk kesenangan orang lain?
Terima kasih atas sokongan Atlantic Fellows dan The Equity Initiative !
#CleanerJugaFrontliner
Hari ini kesatuan akan bermula dengan kes pemerasaan di Mahkamah perusahaan di Kuala Lumpur. EXCO kesatuan bersama saudari Saras dan ahli kesatuan turut hadir dalam mahkamah sebagai saksi untuk membuktikan majikan ada melakukan pemerasaan.
Kami sama-sama berharap kes ini berjalan dengan lancar.
Berani berjuang, berani menang.
Apa isi kandungan dalam perjanjian bersama (Collective Agreement, CA) ?
Selepas CA ditandatangani perlu daftar di Mahkamah Perusahaan?
Kenapa kami perlu ada CA diantara pekerja dan majikan?
Terima kasih atas sokongan Atlantic Fellows dan The Equity Initiative!
【Satu Kemenangan Yang Boleh Memperkasakan Pekerja!】
Pada 11 Jan ,kes Pekerja di Hospital Sri Manjung menuntut OT 1 jam di Jabatan Tenaga Kerja telah menang dalam Mahkamah Buruh!
Ini bermaksud,majikan tambah 1 jam masa kerja adalah TIDAK munasabah!
Sebelum ini, majikan UEMS telah menambah 1 jam masa kerja kepada semua pekerja shift di Hospital utara
Masa kerja shift sebelum ini adalah 7am-3pm,3pm-11pm, 11pm-7am,iaitu 8jam setiap hari
Tetapi UEMS menambah 1 jam tanpa persetujuan pekerja. Maka pekerja menuntut 1 jam OT di Jabatan Tenaga Kerja
Pekerja tersebut berasa gembira tentang keputusan ini, beliau berkata :
“Union ada lagi banyak lagi perlu lawan,kami masih sangat susah, saya harap menang hari boleh lagi bagi union lagi kuat.”
Degan perintah berikut,UEMS perlu bayar OT sebanyak RM1211 kepada pekerja tersebut dalam 14 hari.
Kemenangan ini adalah penting kepada kesatuan
IRO kesatuan Selvam berkata:
“Kes ini adalah mengenai tuntutan bayaran lebih masa (OT) bagi kerja shif yg telah ditambah dgn sewenang-wenangnya oleh majikan Edgenta UEMS dari 8jam ke 9jam setiap hari tanpa persetujuan pekerja.
Dalam mana-mana kontrak pekerjaan antara Majikan dan Pekerja yang sedia ada, sebarang pertukaran terma dan syarat dalam kontrak tersebut, perlu ada persetujuan kedua-dua pihak , iaitu majikan dan pekerja.
Dalam kes hari ini, Makahmah Buruh dengan jelas telah menyatakan bahawa, tindakan majikan Edgenta UEMS menambah satu jam waktu kerja TANPA persetujuan pekerja adalah SALAH.”
Maka, Edgenta UEMS perlu bayar OT untuk 1 jam yang ditambah itu kpd pekerja yg buat tuntutan di Jabtan Tenaga kerja.
Kesatuan masih ada lagi banyak kes-kes legal. Kemenangan kes ini boleh memperkasakan pekerja-pekerja cleaner lain
Kami mohon rakyat malaysia sila terus sokong perjuangan pekerja hospital cleaner
Kami sekarang ada di #Putrajaya untuk tuntutan mengenai hak-hak pekerja Kesatuan.
#HentikanPemerasanKesatuan #SEGERA
#Kronologi
Bermula bulan Oktober, Kesatuan terima banyak pemerasan kesatuan, ugutan dari pihak Majikan, halangan dari majikan terhadap pekerja-pekerja.
Walaupun pada bulan November, satu Memorandum Perjanjian (MoU) ditandatangani antara Kesatuan dan #Edgenta Mediserve & Edgenta #UEMS di Jabatan Perhubungan Perusahaan, bahawa semua pihak setuju akan berunding dengan Kesatuan mengenai isu pekerja.
TETAPI, cuma selepas satua minggu MoU ditandatangani, Edgenta #UEMS masuk ke semua hospital di Penang & Perak secara SERENTAK dan #Ugut, #Paksa, #BeriTekanan kepada pekerja-pekerja.
Aduan demi aduan Kesatuan buat, tetapi #PemerasanKesatuan #UnionBusting masih berlaku.
Pekerja bukan hamba , bukan orang yang boleh dibuli sesuka hati, diuggut sesuka hati sebab mereka adalah Pembersih #cleaner di Hospital!
#TuntutanKesatuan
1. SEGERA HENTIKAN PEMERASAN KESATUAN (UNION BUSTING)
2. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) HENTIKAN BAGI KONSESI KEPADA PEMERAS KESATUAN SEKERJA
3. JADIKAN SEMUA PEKERJA PERKHIDMATAN SOKONGAN DI HOSPITAL KERAJAAN SEBAGAI PEKERJA TETAP
4. SEGERA LAKSANAKAN PERJANJIAN BERSAM (COLLECTIVE AGREEMENT)
Pekerja juga ada #Maruah, pekerja juga manusia, pekerja juga ibu bapa orang lain, pihak majikan TIDAK BOLEH BULI PEKERJA SESUKA HATI!
KESATUAN PEKERJA SWASTA HOSPITAL KERAJAAN minta sokongan dari kamu semua, untuk meminta kerajaan HENTIKAN bagi konsesi kepada Pemeras Kesatuan Sekerja!
Pada bulan September , CWWN bersama Kesatuan PSHK telah menganjur satu Bengkel mengenai Hak-Hak Buruh di Taiping. Tujuan bengkel ini adalah untuk meningkat pengetahuan pekerja tentang undang dan membina kepimpinan pekerja, supaya boleh memperkasakan mereka.
Sebanyak 50 pemimpin dan ahli kesatuan telah menghadiri bengkel ini. Dan bengkel ini telah berjaya meningkat kemasukan ahli baru hampir 20%.
Kami terima kasih atas sokongan dari Atlantic Fellows Atlantic Fellows dan The Equity Initiative untuk menjayakan bengkel ini
|𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗕𝗨𝗞𝗜𝗧 𝗠𝗘𝗥𝗧𝗔𝗝𝗔𝗠 𝗗𝗜𝗔𝗕𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗠𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗘𝗗𝗚𝗘𝗡𝗧𝗔 𝗨𝗘𝗠𝗦 𝗦𝗗𝗡. 𝗕𝗛𝗗. 𝗔𝗗𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗞𝗨𝗔𝗥𝗔𝗡𝗧𝗜𝗡?|
KENYATAAN AKHBAR SEGERA – 14HB NOVEMBER 2020
Beberapa pekerja pembersihan di Hospital Bukit Mertajam tidak dikuarantin selepas dijalankan ujian swab Covid-19 dan diarahkan oleh majikan Edgenta UEMS (UEMS) untuk bekerja seperti biasa dengan pekerja-pekerja lain. Kesihatan dan keselamatan pekerja pembersihan terus diabaikan dan UEMS bersikap tidak bertanggungjawab terhadap kebajikan pekerja.
Pada 11-11-2020, semua petugas kesihatan termasuk beberapa pekerja pembersihan dalam bangunan Wad 8, Wad 9, Wad 10 dan Wad 11 diarahkan untuk menjalani ujian swab Covid-19 disebabkan seorang pesakit didapati positif Covid-19. Seterusnya, petugas-petugas kesihatan yang terlibat dikuarantin selama 3 hari KECUALI pekerja pembersihan yang terlibat. Pekerja-pekerja tersebut diarahkan oleh UEMS untuk bekerja seperti biasa dan tidak dikuarantin. Kenapa wujudnya diskriminasi sebegini dan pekerja pembersihan selalunya dipinggirkan?
|𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗛𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗣𝗲𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗞𝘂𝗮𝗿𝗮𝗻𝘁𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗖𝗹𝗲𝗮𝗻𝗲𝗿 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗗𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗞𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁𝗶𝗻?|
Secara prosedur, sesiapa yang menjalani ujian swab Covid-19 haruslah dikuarantin selama 3 hari. Dan di Hospital Bukit Mertajam, pekerja pembersihan yang terlibat pada 11-11-2020 seharusnya dikuarantin bersama-sama dengan petugas-petugas kesihatan yang lain.
UEMS tidak bertanggungjawab dan bertindak sambil lewa terhadap pekerja pembersihan yang juga merupakan salah satu barisan hadapan (Frontliners) yang turut bersusah-payah dalam menghadapi penularan wabak Covid-19 serta berdepan dengan risiko yang tinggi dalam melandaikan lengkung Covid-19 ( Flattening the Curve).
|𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗟𝗶𝗻𝗱𝘂𝗴𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗣𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗖𝗹𝗲𝗮𝗻𝗲𝗿?|
UEMS seharusnya memberikan lebih perlindungan dan mengetatkan lagi keselamatan pekerja-pekerja pembersihan semasa wabak Covid-19 gelombang ketiga yang lebih mencabar ini. UEMS juga harus memastikan pekerja-pekerja dikuarantin mengikut prosedur yang ditetapkan setelah menjalani ujian swab Covid-19 demi menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja.
Sejurus itu, Kesatuan memandang sangat serius mengenai kelalaian dan sikap UEMS yang sengaja mengabaikan kesihatan pekerja-pekerja dan tidak bertanggungjawab terhadap kebajikan dan keselamatan pekerja serta menyebabkan pekerja-pekerja terdedah kepada risiko yang lebih tinggi dalam keadaan wabak Covid-19 yang semakin serius pada masa kini.
Kesatuan berharap UEMS akan memastikan pekerja-pekerja yang terlibat dalam ujian swab Covid-19 di Hospital Bukit Mertajam dikuarantin bagi menjamin keselamatan mereka dan juga pekerja-pekerja lain.
Kesatuan juga berharap pihak UEMS akan memberikan perhatian yang lebih serius dan bersikap lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan dan perlindungan pekerja-pekerja pembersihan di semua hospital di negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis lebih-lebih lagi semasa penularan wabak Covid-19 ini.
M. Sarasvathy
Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan
di Hospital-hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia
#KitaMenang!
.
Pihak Pendakwaan telah menerima REPRESENTASI kami untuk mengugurkan pertuduhan atas mereka. Semua aktivis Dilepaskan Tanpa Dibebaskan (DNAA)✊🏻
Terima kasih kepads sokongan semua pihak & rakyat yg desak tuduhan keatas mereka digurgarkan.
Perjuangan kesatuan tidak akan berhenti di sini, masih ada banyak isu mengenai hak-hak pekerja perlu diperjuangkan.
Kami mohon rakyat bersama kami, sama lawan penindasan terhadap Frontliner yang penting
【Keputusan Representasi 5 Aktivis Kesatuan】
Kes ini sepatutnya akan masuk bicara pada Jan 2021, tetapi Mahkamah telah memanggil semula untuk memberi keputusan repretansi pada 2 Okt (esok), 9am di mahkamah ipoh
Kami harap esok dapat dengar keputusan yang baik!
𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐫𝐚𝐦𝐩𝐚𝐬 𝐩𝐮𝐧𝐜𝐡 𝐤𝐚𝐝 𝐭𝐚𝐤 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡!
Selama ini masa pekerja-pekerja yang kerja shift pagi adalah 7am – 3pm, tetapi pada 16 Julai 2020 pukul 2.00 ptg, satu jam sebelum balik, penyelia tiba-tiba hantar message dan beri arahan bahawa mulai hari itu, semua pekerja shift pagi hanya boleh balik pukul 4.00 ptg!
Disebabkan arahan ini diberi dengan sangat lewat , TIDAK MUNASABAH dan tanpa sebarang memo/surat rasmi dari syarikat, maka pekerja balik pukul 3.00 ptg seperti biasa.
TETAPI penyelia tunggu di tempat punch kad dan rampas punch kad dari pekerja, halang pekerja balik rumah!!!
【𝗨𝗘𝗠𝗦 𝗘𝗱𝗴𝗲𝗻𝘁𝗮 𝗖𝘂𝗿𝗶 𝗢𝗧 𝗣𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮?】
1.Kerja shift ditukar dari [7.00 pg – 3.00 ptg] kepada [7.00 pg – 4.00 ptg] (lebih satu jam), alasan diberi oleh UEMS Edgenta adalah, masa kerja perlu masuk satu jam rehat juga. Maka syarikat tambah satu jam daripada itu.
Mengikut Akta Kerja 60c, pekerja shift seminggu hanya boleh kerja 48 jam, jika lebih daripada 48 jam, majikan perlu bayar OT kepada pekerja. Jika kita buat kiraan:
48 jam / 7 hari kerja =Setiap hari hanya perlu kerja lebih kurang 7 jam.
Jumlah masa kerja shift dulu [7.00 pg -3.00 ptg] adalah 8 jam (telah lebih 48 jam), dan ini telah masuk waktu rehat. Kenapa UEMS Edgenta perlu tambah satu jam lagi dan tidak diberi OT?
2. Selain daripada itu, sejak tahun 1997 sehingga sekarang, pekerja pembersihan telah mengalami 𝟳 𝗺𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗸𝘁𝗼𝗿, dan TIADA mana satu kontraktor tukar masa kerja tersebut , sehingga UEMS Edgenta masuk jadi majikan kontraktor yang ke-8 dan tukar masa kerja berikut.
Menurut Jabatan Tenaga Kerja, selepas majikan baru ambil alih kontrak kerja, majikan baru sama ada meneruskan apa yang diberi oleh majikan lama, atau menambahbaik daripadanya supaya jadi lebih baik kepada pekerja. 𝗠𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮.
UEMS Edgenta tukar kerjar shift kepada [7.00 pg – 4.00 ptg] merupakan satu tindakan yang mengurangkan faedah daripada majikan lama dan tidak manfaat kepada pekerja.
Sepatutnya satu jam lebih itu boleh dikira sebagai OT. Manakala UEMS Edgenta ENGGAN bayar satu jam berikut, dan memaksa pekerja shift kerja dengan lebih jam atas alasan yang tidak munasabah.
Tindakan UEMS Edgenta itu adalah niat jahat CURI OT PEKERJA.
【𝗠𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗖𝗨𝗥𝗜 𝗣𝘂𝗯𝗹𝗶𝗰 𝗛𝗼𝗹𝗶𝗱𝗮𝘆, 𝗣𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮!】
3. UEMS Edgenta bukan sahaja curi OT daripada pekerja, mereka juga CURI “Public Holiday” (cuti awam) dari pekerja! Seperti yang dinyatakan di atas, majikan baru tidak boleh kurangkan faedah pekerja dari majikan lama. Dulu cuti awam pekerja pembersihan adalah 15 hari, tetapi UEMS Edgenta kurangkan dan menjadi 11 hari.
Disebabkan ini ramai pekerja muslim HANYA DAPAT SATU HARI RAYA CUTI SAHAJA. Walaupun Hari Raya ke-2 masih adalah cuti awam, tetapi pekerja-pekerja muslim terpaksa balik kerja seperti biasa dan TIDAK DIBERI OT atau “double”.
【𝗔𝗽𝗮 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗨𝗘𝗠𝗦 𝗘𝗱𝗴𝗲𝗻𝘁𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗖𝗨𝗥𝗜?】
Pekerja pembersihan adalah Frontliner yang penting. UEMS Edgenta telahpun mengeluarkan statement bertenerima kasih jasa pekerja pembersihan, tetapi realitinya UEMS Edganta tindas pekerja-pekerja frontliner. 𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗶𝗻𝗶 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗨𝗘𝗠𝗦 𝗘𝗱𝗴𝗲𝗻𝘁𝗮 “𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵” 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗽𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗼𝘃𝗶𝗱𝟭𝟵?
Kesatuan Pekerja Swasta Sokongan Hospital Kerajaan ingin meminta Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia masuk campur dan hentikan segala penidasan, pemangsaan terhadap pekerja pembersihan!
PC Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan
5 orang aktivis kesatuan telah dituduh bawah Peraturan 7(1) Peraturan2 Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit di makahmah pagi ini. Mereka semua tidak mengaku salah dan makahmah memberi jamin RM1,000 seorg dgn sorg penjamin. Kes ditetapkan untuk sebutan pada 9 Julai 2020.
5 orang aktivis telah dilepaskan hari ini, TETAPI esok mereka akan dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pukul 9 pagi
5 aktivist telah dihantar ke balai police untuk siasatan selanjutnya, TETAPI KENAPA PERLU GARI MEREKA?▐
Seruan dari kesatuan:
1. Jangan charge 5 aktivist yangg berjuang untuk hak frontliner (cleaner di hospital)
2. HENTIKAN SEGALA PEMANGSAAN TERHADAP PEKERJA & AHLI KESATUAN
3. Mohon Jabatan kerajaan seperti Jabatan buruh, jabatan kesihatan, jabatan hal ehwal kesatuan ambil tindakan SEGERA
Tindakan Edgenta UEMS melanggari seksyen 4 dan 5 Akta Perhubungan Perusahaan (APP) 1967. Ini adalah salah di sisi undang-undang dan adalah satu perbuatan jenayah. Police perlu ambil tindakan terhadap Edgenta UEMS dengan segera, bukan pekerja yang berjuang untuk hak pekerja diambil tindakan dengan digari, disiasat dan diambil tindakan!
EXCO dan Ahli kesatuan Hospital Ipoh ditangkap oleh polis pada hari ini*!!
Pada hari ini kesatuan telah mengadakan satu pc dan peacefull piket di depan hospital ipoh, untuk mengkhabarkan isu pekerja – pekerja pembersihan di Hospital Ipoh.
Piket dan pc telah mengikut sop PKPB, tetapi polis telah menahan 5 orangnya dan dibawah ke IPD Ipoh.
Apa masalah yang dihadapi oleh Pekerja Pembersihan di Hospita Kerajaan?
Apa perjuangan mereke?
Mereka sebagai seorang ibu tunggal, adakah mereka menerima lebih banyak halangan dan cabaran?
#BilaKamiBersatu adalah satu dokumentari yang mengenai perjuangan merekam dan sekarang boleh tonton dokumentari ini secara online dan free!
Tonton di sini
🎞️
http://bit.ly/FFFfilms
Protest kepada syarikat GLC Edgenta UEMS
16-01-2020, Pejabat Edgenta Mediserve, Ipoh – Protest telah diadakan untuk minta Edgenta UEMS HENTIKAN segala pemerasan Kesatuan terhadap Ahli-ahli kesatuan.
Edgenta UEMS memangsakan ahli kesatuan dengan:
1. Sengaja tukar lokasi, shif kerja dan masa rehat mereka.
2. Ahli kesatuan TIDAK boleh berkumpul semasa rehat.
3. Ahli kesatuan TIDAK boleh keluar makan semasa rehat.
4. Tidak boleh kutip yuran dan kesatuan tidak ada di bawah UEMS.
Edgenta Mediserve janji akan menyiasat dan maklum balas dalam masa 2 minggu.
Kesatuan diperlukan untuk menjaga hak-hak dan kebajikan pekerja-pekerja. Apabila kesatuan ada, majikan rasa terancam dan masa itulah, perjuangan pekerja bermula.
Pekerja harus bersatu melawan majikan yang hanya pentingkan untung dan mangsakan pekerja.
Satu perjumpaan telah diadakan untuk hospital-hospital zon utara di Taiping untuk menguatkan lagi kesatuan.
Kesatuan sangat penting untuk menjaga kebajikan pekerja..Apabila kesatuan menghadapi masalah dari majikan, pekerja harus bersatu dan lawan majikan..
Satu perjumpaan telah diadakan untuk hospital zon tengah bagi membincangkan isu-isu kesatuan dan idea-idea untuk kuatkan kesatuan..
✊✊💪💪
Hidup kesatuan!!, Hidup Pekerja!!, Hidup pekerja sedunia!!