Siapakah kami?
Pada 3 Ogos 2019, mesyuarat bersama 80 penternak Negeri Sembilan di Lukut, Negeri Sembilan. Mesyuarat dipengerusikan oleh saudara Gandi yang telah putuskan untuk tubuhkan satu jawatankuasa untuk padukan kekuatan kumpulan penternak secara keseluruhannya.
Sebagai tindak balas kepada notis Sime Darby Plantation, Jawatankuasa putuskan untuk membuat laporan polis dan serah memorandum kepada Sime Darby Plantation.
Gabung
Gabungan Penternak menggabungkan penternak di seluruh Malaysia untuk berjuang mendapatkan hak mereka.
Bersatu
Gabungan Penternak menyatukan penternak membawa isu mereka kepada kerajaan supaya penyelesaian dicapai
Lawan
Gabungan Penternak melawan penindas dan memastikan penternak tahu tentang hak mereka
Tuntutan Kami
1. Meminta YB Menteri Campurtangan Dalam Isu Yang Kami Hadapi Untuk Mencari Satu Jalan Penyelesaian Secepat Mungkin.
2. Mengesa Pihak Sime Darby Tarik Balik Notis “Larangan” Serta Merta.
3. Kekalkan Keadaan Seperti sedia Kala. Benarkan Ternakan Kami Meragut Rumput Dikawasan Ladang Pihak SIME DARBY dan Ladang Ladang Lain.
4. Mengesa Pihak Polis, Pejabat Tanah, Jabatan Vetenarian Dan Agensi Agensi Kerajaan Yang Lain Supaya mengambil polisi bertolakansur dan berdialog daripada secara berkeras dalam mencari penyelesaian
5. Kebajikan Asas Penternak Harus DiBeri Jaminan Oleh Kementerian Supaya Isu Seperti Larangan Pihak Sime Darby Tidak Berulang Lagi.
Pencapaian Kami
Lebih kurang 60 laporan polis telah dibuat terhadap Sime Darby di Negeri Sembilan
8 Ogos 2019 : Seramai 100 penternak Negeri Sembilan turun untuk serah memorandum kepada Sime Darby di Ibu pejabat Sime darby Plantation
15 Ogos 2019: Mesyuarat bersama penternak Johor di Tangkak, Johor kerana mereka juga turut mengalami masalah dengan Sime Darby Plantation.
40 penternak hadir dan Jawatankuasa Penternak Johor ditubuhkan dan cadangan membuat laporan polis”
Penternak di Ladang Ledang mengalami pengusiran paksa kerana pengurusan ladang suruh kandang lembu dikeluarkan dari kawasan ladang.
Surat untuk hentikan pengusiran paksa di Ladang Ledang telah dihantar kepada kepada Bukit Aman,IPK Johor,IPD Tangkak ,Ibu pejabat Sime Darby dan Menteri Pertanian
27 Ogos 2019: mesyuarat bersama 25 penternak Melaka dan tindakan sama iaitu membuat laporan polis telah dilakukan oleh penternak
1 September 2019: mesyuarat bersama 50 penternak Selangor dan Jawatankuasa bersama telah ditubuhkan.
• Cadangan membuat laporan polis
• Memorandum kepada Menteri Pertanian
19 september 2019:
Gabungan penternak hantar memorandum kepada Menteri Pertanian di Kementerian Pertanian, Putrajaya yang telah diterima oleh xxxxx . Seramai 200 penternak hadir telah daripada Negeri Sembilan,Melaka,Johor dan Selangor
8 Oktober 2019:
• Terima surat balasan daripada Sime Darby (kandungan surat pihak sime darby masih dalam perbincangan dengan pihak menteri dan akan maklum pada kita pada masa terdekat)
Gabungan Penternak Nasional Marhaen ditubuhkan dengan menggabung Jawatankuasa dari PERAK,MELAKA , NEGERI SEMBILAN, JOHOR dan SELANGOR. Mesyuarat diadakan secara online dan bersemuka di pejabat PSM Semenyih.