Tapak rumah untuk setiap peneroka dan diberi pemilikan geran
Status Tanah
Wujud sejak 1988 di bawah Projek Tanaman Kontan yang dianjurkan oleh Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) dibawah Kerajaan Negeri Selangor.
Seorang peneroka diberi 1 ekar tanah untuk bertani.
Namun sehingga hari ini kerajaan Negeri masih tidak memberikan pemilikan geran tanah kepada peneroka-peneroka ini.
4/10/2000- Mantan MB Selangor Mohd Khir Toyo menjanjikan 1 ekar tanah pertanian diganti dengan 1 lot rumah kepada setiap peneroka. Namun janji tinggal janji dan masalah baru wujud dimana tanah tersebut dikatakan Rezab Melayu. Peneroka mempertikaikan status tersebut kerana pada awalnya (semasa penerokaan) tanah tersebut bukan berstatus Rezab Melayu.
Atas desakan demi desakan akhirnya Pejabat Tanah Sepang telah temuduga peneroka-peneroka asal pada awal tahun 2018 dan kini sudah hamper 2 tahun peneroka masih tidak menerima sebarang maklum balas.