Perjuangan Kg.Baru India, Pulau Carey

Tuntutan Perjuangan

Ikhtiraf Penempatan Kampung Peneroka di tempat asal 

Status Tanah

  1. Wujud lebih 55 tahun

  2. Pada asalnya adalah tanah Syarikat perladangan Paradise namun tanah tersebut sudah dijual. 

  3. Diterokai oleh bekas pekerja KTM, pekerja ladang. Dalam tahun 70an-Ada juga peniaga yang telah menyewa tanah daripada Syarikat Perladangan Paradise.

  4. Penempatan ini terletak di atas rezab Keretapi Tanah Melayu, tanah bekas syarikat perladangan Paradise dan Kawasan Rezab JKR.

  5. Ada penduduk bayar cukai taksiran kepada majlis.

  6. Tahun 2013- Seramai 35 keluarga Menerima Notis Pengusiran namun Berjaya dihentikan apabila kes dirujuk kepada ADUN Bangi & Kerajaan Negeri Selangor.

  7. Ancaman kepada penduduk adalah Tanah di sekeliling penempatan Jalan Reko telah dibangunkan dengan Jalan Keretapi berkembar, Kondominium, Perlebaran jalan Reko dan Taman perumahan. 

  8. Akibat pembangunan yang pesat ini, penduduk takut penempatan mereka akan dirobohkan pada bila-bila masa.

Bilangan Keluarga

54 Keluarga