Perjuangan Kg. Bukit Kuda, Klang

Tuntutan Perjuangan

Kekalkan Kampung Bukit Kuda di tempat yang sama

Status Tanah

  1. Wujud lebih daripada 50 tahun.

  2. Kemudahan asas seperti air, elektrik dan telekomunikasi disediakan oleh kerajaan

  3. 50 tahun dahulu  peneroka membayar sewa kepada pemilik tanah Sayuti bin Hassan yang menggelarkan dirinya sebagai pemilik tanah tersebut mengutip sewa daripada penduduk. Namun amalan tersebut terhenti pada tahun 1980-an.

  4. Sejak tahun 2015, penduduk Kg Bukit Kuda mula mengalami masalah pengusiran paksa oleh seorang individu bernama En. Faizal yang menggelarkan dirinya sebagai tuan tanah dan menggunakan pelbagai gangguan untuk mengusir keluar penduduk dari kampung Bukit Kuda.

  5. Pada tahun 1997 En.Sayuti menjanjikan sejumlah wang serta rumah alternatif kos rendah untuk penduduk supaya tinggalkan kampung Bukit Kuda. Akan tetapi, janji ini tidak ditunaikan

  6. Sejak tahun 2015, penduduk Kg Bukit Kuda mula mengalami masalah pengusiran paksa oleh seorang individu bernama En. Faizal yang menggelarkan dirinya sebagai tuan tanah dan menggunakan pelbagai gangguan untuk mengusir keluar penduduk dari kampung Bukit Kuda dan mengambil kes di mahkamah. Peneroka telah menang kes tersebut dengan membuktikan mereka bukan penceroboh tetapi peneroka yang sudah menduduki tanah tersebut lebih dari 50 tahun.

Bilangan Keluarga

32 Keluarga