Perjuangan Kg. DBI Ipoh

Tuntutan Perjuangan

Kekalkan Kampong DBI Ipoh di tempat yang sama

Status Tanah

  1. Wujud lebih 80tahun

  2. Selepas pekerja-pekerja di DBI bersara, mereka dibenarkan untuk membina rumah papan berhampiran dengan kuarters, kerana mereka tidak mampu membeli atau menyewa rumah di luar dengan gaji yang rendah.

  3. Pada tahun 1999, Menteri Besar masa itu Ramli Ngah Talib berjanji akan menyelesaikan tuntutan penduduk untuk lot di kawasan Kampung DBI dan mengumumkan bahawa “rakyat miskin yang tidak mampu beli rumah akan diberi lot tanah”.

  4. Pada tahun 2007, Datuk Bandar Ipoh membuat rancangan usahasama dengan Syarikat Manjong Development untuk membangunkan kawasan kuarters DBI dengan syarat  masalah perumahan penduduk kampung di situ diselesaikan oleh pemaju.  Satu perjanjian telah ditandatangani antara pemaju dan penduduk, di mana pemaju akan membina rumah teres kos sederhana yang akan dijual pada harga subsidi RM16,000 kepada setiap keluarga di situ.

  5. Pada tahun 2009, Menteri Besar masa itu Zambry Abdul Kadir telah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan memberi “hak milik secara automatik kepada penduduk yang menduduki tanah kerajaan untuk 10 tahun”.

  6. Pada tahun 2011, dalam surat balasan kepada SUHAKAM, Datuk Bandar Ipoh masa itu Roshidi Hashim telah memaklumkan tentang rancangan kerajaan untuk membina 114  buah rumah teres setingkat berukuran 20’ X 65’ di kawasan DBI kuarters pada harga subsidi RM35,000

Bilangan Keluarga