Manifesto PH serap tuntutan Gabungan Marhaen

Akhirnya Pakatan Harapan telah memasukkan tuntutan Gabungan Flat Kos Rendah Marhaen dan PSM ke dalam manifesto Pilihanraya ke -15(PRU-15)  mereka

Gabungan Flat Kos Rendah Marhaen mengalu-alukan  usaha Pakatan Harapan untuk menerima dan meneliti tuntutan kami selama ini iaitu memohon pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengambil alih penyelenggaraan flat kos rendah telah diserapkan dalam manifesto PRU15 Pakatan Harapan.

Tuntutan ini telahpun diketengahkan kepada Menteri Besar Selangor, YB Muhammad Azmin Ali sejurus selepas perlantikan beliau pada tahun 2014 oleh PSM melalui satu surat terbuka. Kemudiannya Gabungan Flat Kos Rendah dengan sokongan 42 flat kos rendah di Hulu Langat bersama PSM telah berinteraksi dengan YB Iskandar, Menteri Besar Selangor, Lembaga Perumahan dan Hartanah pada tahun-tahun berikutnya untuk meyakinkan bahawa ini adalah cadangan yang boleh memberi penyelesaian jangka panjang bagi isu kronik di flat kos rendah.

Sebelum COVID19 menyerang, Gabungan Flat Kos Rendah Marhaen telah menganjurkan dialog bersama dengan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Oktober 2019 yang dihadiri oleh En Zamry mewakili YB Zuraida. Sekali lagi cadangan tuntutan ini telah dikemukakan kepada kerajaan Selangor dengan kesediaan Gabungan Flat Kos Rendah untuk perbincangan bersama. Namun kami puas hati bahawa cadangan kami mendapat perhatian Pakatan Harapan kini.

Golongan B40 di flat kos rendah dibebani dengan kos penyelenggaraan bulanan diantara RM35 – RM50. JMB tidak dapat menjalankan penyelenggaraan untuk mengekalkan keselesaan penghuni apabila kutipan tidak mencukupi. Maka keadaan flat menjadi buruk dan kadang-kadang tidak sesuai untuk dihuni. Amatlah patut untuk kerajaan ambil alih kerja penyelenggaraan flat kos rendah agar golongan marhaen dapat menikmati persekitaran sihat walaupun hidup secara sederhana. Kami berharap sekiranya Pakatan Harapan menang dan menjadi kerajaan, maka kami berharap masalah-masalah lain yang dihadapi oleh penghuni flat kos rendah akan turut diambil kira dan mencari penyelesaian.

Dikeluarkan Oleh,
S.Madhavi
Kordinator Gabungan Flat Kos Rendah Marhaen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *