Kempen anti-GST di ekspo kerajaan

NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) merancang untuk mengadakan kempen anti-GST di ekspo penerangan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) anjuran kerajaan.

Dalam kenyataan mereka semalam, JERIT merancang untuk mengedarkan risalah anti-GST kepada pengunjung ekspo tersebut.

Ekspo itu akan bermula dari 1 hingga 3 Oktober ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Untuk menguatkan lagi penolakan terhadap GST, gabungan ini merancang kempen risalah pada 1 dan 2 Oktober ini di hadapan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur,” kata JERIT dalam kenyataan.

JERIT merancang untuk melaksanakan kempen itu berdekatan pintu utama ekspo mulai jam 12 sehingga jam 2 petang.

GST yang dikenakan ke atas pembelian barangan dan perkhidmatan akan dilaksana bermula pada April 2015.

Berita asal di MalaysiaKini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *