Pekebun Changkat Kinding berjumpa pemaju LBS Bina Holdings tangguhkan notis pengosongan

PETALING JAYA — Pekebun kecil generasi kedua yang masih mencari mata pencarian di Kg Baru Changkat Kinding diminta kosongkan kawasan tersebut selepas satu notis pengosongan dikeluarkan dibawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara pada Mei 18.

Menurut mantan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jayakumar yang hadir bersama beberapa pekebun kecil untuk sampaikan satu memorandum kepada LBS Bina Group, tanah ini diusahakan oleh nenek moyang generasi kedua pekebun kecil sebelum tahun 1930 dan banyak hasil tanaman seperti sayur, ikan dan buah-buahan dijalankan disini yang menjadi sumber kepada penjualan di pasaran tempatan.

Tambah beliau selepas membuat semakan, 250 acre tanah diberikan kepada Generasi Simbolik Sdn Bhd yang memegang geran di kawasan tersebut, sebuah anak syarikat di bawah LBS Bina Holdings yang dipercayai bakal melaksanakan projek perumahan di kawasan tersebut.

Selepas menghantar memorandum ke pejabat LBS Bina Holdings, satu cadangan disyorkan oleh beliau dimana notis pengusiran ditarik balik dan pajakan (lease) kawasan tersebut selama 10 tahun diberikan kepada pekebun kecil untuk meneruskan aktiviti pertanian mereka di bawah skim Tangungjawab Sosial Korporat ‘Corporate Social Responsibility’ syarikat mereka, sekaligus satu keputusan daripada pihak atasan dinantikan selepas memorandum tersebut dipanjangkan melalui wakil syarikat.

Perkara ini amat penting semasa negara kita dilanda krisis makanan dan usaha untuk tingkatkan aktiviti pertanian dan membela nasib pekebun kecil harus diberi keutamaan , ujar beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *