Ladang Midlands: Berani Berjuang Berani Menang

Oleh Arutchelvan Subramaniam

January 2006, kemenangan penduduk ladang Midlands yang terdiri daripada 25 keluarga – akhirnya telah menerima penyelesaian untuk keluar dari ladang, mengakhiri satu perjuangan pahit yang telah berlanjutan selama 15 tahun. Kumpulan terakhir yang tinggalkan ladang adalah kumpulan yang bersekutu dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Merekalah yang paling berani, kumpulan terakhir namun merekalah yang mendapat penyelesaian terbaik. Menurut sejarah, Ladang Midlands adalah ladang pertama ditanam pokok getah di Selangor pada tahun 1889 oleh syarikat British Highlands and Lowlands. Sejarah awalnya penuh dengan penderitaan. Pada satu ketika, ladang ini dipanggil Ladang Air Kuning (Yellow Water Plantation) kerana air yang dibekalkan berwarna kuning. Ini menyebabkan banyak kematian akibat malaria dan taun.

Terdapat juga banyak kisah perjuangan gagah berani dan salah seorang wira ialah Arikrishnan, yang memimpin kesatuan pekerja-pekerja ladang pada tahun 1950an. Dia juga diingati ramai kerana mengatur mogok 3 hari yang telah membawa kemenangan. Kisah dan perjuangan Ladang Midlands penuh dengan putarbelit. Ramai orang yang terlibat dan banyak pengkhianatan terhadap kelas pekerja.

Selepas kemerdekaan, Midlands telah dipecahkan menjadi lot-lot kecil. Pada tahun 1963, satu bahagian tanah telah dijual, dimana kilang CCM berada hari ini di Padang Jawa. Satu lagi bahagian besar ladang ini telah digunakan oleh kerajaan negeri untuk membina Institut Teknologi Mara pada tahun 1970. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah membeli satu bidang tanah ladang ini dari Guthrie (sebelum ini Highlands and Lowlands) pada tahun 1980. Ini adalah bahagian bawah ladang tersebut manakala bahagian atas masih dengan Guthrie.

Oleh itu ladang ini terbahagi diantara dua pemilik – PKNS dan Guthrie. Pada tahun 2001, mereka yang tinggal ditanah PKNS ditawarkan rumah pada harga RM25,000 tanpa sebarang ganti rugi. Kumpulan ini telah tinggalkan ladang. Mereka yang tinggal di bahagian atas/tinggi pula menerima notis pemberhentian kerja pada tahun 1991 kerana Guthrie bercadang untuk menjual tanah tersebut. 

 

Tiga Peguam Tiga Kumpulan

Sementara ladang itu terpisah dua, penduduk di sana pula terpisah kepada empat kumpulan. Lebih kurang 35 keluarga di bawah dominasi cawangan MIC dan juga mereka yang disebelah IPF, satu kumpulan yang lebih kuat dengan sokongan 50 keluarga. Kuasa ketiga adalah dari Kesatuan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW) yang berpengaruh dikalangan 20 keluarga. Terdapat 3 peguam mewakili setiap kumpulan ini. Keadaan memang kelam kabut.

Pada masa inilah, satu lagi organisasi di bawa masuk iaitu Suara Warga Pertiwi (SWP). Organisasi ini dipimpin oleh aktivis-aktivis PSM seperti Dr. Nasir Hashim, V. Selvam dan Manivennan yang kemudian membantu dalam pembentukan PSM. SWP ketika itu sangat popular selepas kemenangan besar mereka di Ladang Sg. Rasah dimana semua pekerja mendapat rumah teres percuma.

Pada mulanya, SWP membantu dan bekerja dengan jawatankuasa pekerja. Tetapi sokongan SWP semakin terhakis selepas MIC membuat kempen untuk memburukkan nama SWP dengan menggunakan suratkhabar harian Tamil dan surat layang menyebarkan fitnah.  MIC mendahului sehinggalah satu lagi krisis mengambil tempat – apabila pekerja-pekerja kalah kes mereka apabila salah seorang dari peguam mereka tidak hadiri mahkamah dan perintah engkar (default judgement) diberi oleh hakim.

Selepas kekalahan ini, Guthrie masuk untuk merobohkan 4 buah rumah tetapi jawatankuasa pekerja yang bersekutu dengan SWP berjaya menghentikan tindakan ini. Manivennan dan Ramah, ahli SWP memainkan peranan penting untuk menghentikan perobohan ini. Peristiwa ini telah mengembalikan kepercayaan pekerja-pekerja terhadap SWP termasuk Jawatankuasa Pekerja yang dipimpin oleh Kumaravel. Tapi ini telah menyebabkan satu lagi pusingan perpecahan dan penyusunan semula kumpulan. Peguam yang uruskan kes mereka berjaya menterbalikkan perintah engkar tetapi selepas itu dia tarik diri, meninggalkan satu vakum. Pada masa ini, komrad-komrad SWP memperkenalkan pekerja-pekerja kepada Teng Chang Khim, dari DAP yang dikenali ramai kerana semangat perjuangannya.

Pada tahun 1996, Guthrie telah menjual bidang tanah terakhir ini kepada Sumurwang yang mahu membina satu bandar gergasi, satu bandar canggih yang sesuai bagi masa hadapan tetapi masa depan pekerja-pekerja Midlands digadai. Pihak pemaju, Sumurwang – yang juga memiliki tanah dipinggiran Midlands, Kampung Rambutan, telah mengamuk. FRU dan polis digunakan untuk meroboh rumah-rumah di Kampung Rambutan. Ini menyebabkan 39 orang ditahan dan rumah-rumah diroboh. Antara mereka yang ditahan ialah Nasir, Selvam, saya sendiri dan beberapa orang dari Ladang Midlands yang turun untuk menolong.

Peluang Keemasan Terlepas

Pada tahun 1996, disebabkan penentangan hebat, pihak pemaju terpaksa duduk di meja rundingan. Selvam, Nasir dan Teng, yang menjadi sebahagian daripada kumpulan yang membuat rundingan, telah mendapatkan pekerja-pekerja satu rundingan terbaik. RM28,000 setiap keluarga dan pilihan untuk membeli rumah kos rendah yang akan dibina berdekatan pada harga RM25,000 dengan wang tambahan RM3,000. Ketika itu, ia merupakan best dealkerana secara tidak langsung ia adalah rumah percuma.Dengan wang pampasan sahaja, pekerja-pekerja boleh membeli rumah kos rendah di mana-mana sahaja. Di atas kertas, tawaran ini lebih baik daripada yang ditawarkan kepada pekerja-pekerja Ladang Sg. Rasah dimana setiap pekerja mendapat RM27,500.

Tapi peluang keemasan ini terlepas kerana 14 keluarga daripada 70 tidak setuju. Kumpulan minority ini bersama MIC dan mereka mahukan rumah sekarang dan di lokasi yang sama. Kumpulan minoriti initidak boleh terima hakikat yang pesaing mereka, SWP berjaya mendapatkan deal yang lebih baik. Disebabkan 14 keluarga, perundingan telah gagal.

Sumurwang, kemudiannya telah membawa 113 keluarga ke mahkamah. Lapan tahun selepas itu hanyalah pertempuran mahkamah. Selain daripada konflik dalaman diantara penduduk, tidak ada sebarang serangan lain daripada pemaju. Kes di mahkamah telah membantu untuk menghentikan pencerobohan pemaju. Tapi ada impak negatif disebabkan kes mahkamah mengambil masa, pekerja semakin relaks dan puas hati dengan keadaan. Ini menyebabkan mereka lemah.

Pada tahun 2004, senario telah berubah. Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan status setinggan sifar sebelum tahun 2005. Sumurwang mengambil peluang ini untuk bekerjasama dengan kerajaan, terutamanya Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) untuk mengusir keluar penduduk. Pada peringkat ini, hanya ada 2 kuasa yang masih ada di ladang. Yang bersekutu dengan MIC dan satu lagi bersama Jawatankuasa Penduduk yang bersama PSM. Ini kemungkinan besar peringkat terakhir dalam perjuangan dengan kerajaan negeri yang menyalak slogan ‘setinggan sifar 2005’ dan MIC pula duduk dalam sistem itu.

MIC rasa terancam, maka mereka bawa masuk MBSA untuk buat satu kajian. Satu kajian dibuat dan pekerja-pekerja telah ditawarkan rumah di Seksyen 7, Shah Alam pada harga RM42, 000 dengan diskaun RM7,000. Ironinya lebih daripada orang yang tinggal di ladang itu telah mendapat tawaran tersebut. Mereka telah masukkan nama-nama orang yang tidak layak untuk mendapat RM7,000 diskaun. Mereka yang tidak mahu menerima tawaran ini – dimana tawaran ini jauh daripada tawaran asal – diancam dengan pengusiran. Aduan anti-rasuah dibuat oleh Jawatankuasa Penduduk tapi kita juga sedar bahawa MIC lumrah dengan perbuatan begitu – ia adalah satu perniagaan kepada sesetengah ketua MIC.

Undang-undang di Manipulasi

Walaubagaimanapun, mereka yang bersekutu dengan Jawatankuasa Penduduk menolak tawaran ini. Satu mesyuarat dipanggil tahun lalu oleh MBSA dan dihadiri oleh Datuk Bandar. Dalam mesyuarat, Datuk Bandar mengumumkan sesuatu yang memeranjatkan. Apabila pekerja memberitahu dia MBSA tidak sepatutnya campurtangan dalam isu ini memandangkan kes masih dimahkamah, Datuk Bandar memberitahu bahawa pemaju akan tarik balik kes dan MBSA akan gunakan Ordinan Darurat untuk mengusir pekerja. Akhirnya, jelaslah bagaimana kapitalis dan kerajaan bekerjasama untuk memanipulasi dan salahtafsir undang-undang. Pekerja kemudiannya telah memfail beberapa aduan polis.

Seperti yang dirancang, Sumurwang telah tarik balik kes mereka dan MBSA masuk untuk memecahkan rumah-rumah. Pada masa ini, keluarga-keluarga yang bersama MIC telah mengambil tawaran diskaun RM7,000 dan tinggalkan ladang. Kebanyakan ahli MIC diberi rumah ditingkat empat dan lima dirumah pangsa kos rendah tersebut.Hanya mereka yang enggan mahu berpindah iaitu mereka yang bersama PSM, berhadapan dengan jentolak pemaju. Dalam salah satu konfrontasi, dua ahli dari Jawatankuasa Penduduk sekali lagi ditahan pada bulan Oktober tahun lalu, Kumarvel dan Marimuthu. MBSA, seperti dijanji memberi notis Ordinan Darurat. Ia mendakwa bahawa notis itu adalah arahan dari Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir Toyo. Pada masa kritikan ini, Teng memperoleh perintah mahkamah untuk menghentikan notis 7 hari tersebut. Perobohan dapat dihentikan dan kes mahkamah telah ditunda ke bulan berikutnya.

Sementara itu, perundingan telah dipergiatkan. Selepas beberapa hari, penduduk telah mendapat satu deal yang lebih baik. Ramai daripada kumpulan ini juga diberi rumah pada tingkat satu dan dua. Mereka juga telah memenangi faedah-faedah lain, yang lebih baik daripada apa yang ditawarkan kepada mereka yang tinggalkan ladang lebih awal. MIC sangat marah dan pekik, ‘mereka yang ikut jalan kerajaan mendapat penyelesaian yang kurang baik berbanding dengan mereka yang menentang’. Apa yang mereka tidak sedar ialah, hanya mereka yang berani teruskan perjuangan, mendapat penyelesaian terbaik.

Peristiwa pada hari Ahad di Ladang Midlands adalah satu sambutan kemenangan kepada kumpulan terakhir ini yang berani teruskan perjuangan. Pada hari itu juga penganjur membawa tetamu menaiki puncak Ladang Midlands dan sepanjang jalan, kita boleh lihat rumah-rumah yang sudah dirobohkan sementara beberapa ramai berdiri tegak. Ini adalah symbol mereka yang berjuang dan mereka yang mengambil jalan pintas. Pada hari itu, ladang tertua di Selangor ditutup untuk selama-lamanya. Ke semua rumah pekerja akan diratakan dan tidak lama lagi, satu bandar gergasi akan dibina di sini. Sekiranya, cerita Midlands membawa sebarang makna, ia iadalah pengesahan bahawa mereka yang berani berjuang hingga akhir akan mendapat layanan terbaik. Hanya yang berani akan hidup. Dan orang ini jugalah yang boleh membawa perbezaan antara kemenangan dan kekalahan. MIC dengan segala jentera dan pengaruh masih kurang satu perkara iaitu semangat untuk berjuang dan itulah punca kejatuhan mereka. Itulah analisa terakhir saya.

  • Arutchelvam, seorang pejuang rakyat sejak 1980an. Pemangkin dalam penubuhan Pusat Pembangunan Masyarakat dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) serta dalam perjuangan pekerja ladang, kilang dan peneroka bandar. Sdra Arul merupakan penyelaras SUARAM dari 1995-2006, setiausaha pertama Gerakan Mansuhkan ISA, Ahli Jawatankuasa menangani masalah pengusiran masyarakat ladang dan peneroka bandar di bawah Kerajaan Negeri Selangor (Pakatan Rakyat). Arul adalah penaung Parti Sosialis Malaysia dan dipilih sebagi Setiausaha Agung PSM selama 17 tahun, kini sebagai AJK Pusat PSM.Beliau juga merupakan calon PSM untuk kerusi DUN Semenyih dalam pilihanraya umum 2008 dan 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *