Kejayaan Kami!

Pemeliharaan hak golongan tertindas akan sentiasa diperjuangkan! Mari membaca hasil perjuangan kami.

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan

JPKK berjaya membawa kes-kes penganiayaan gaji pekerja kontrak kerajaan ke perhatian agensi kerajaan dan telah bantu lebih kurang 30 pekerja kontrak memenangi kes di mahkamah buruh. Setahun ini, sebanyak 208 kes berkaitan dengan isu gaji tertunggak diterima melalui talian bantuan Siap yang membuktikan banyak kontraktor menipu pekerja yang hanya mahu gaji setimpal dibayar untuk tenaga buruh  yang telah disumbang. Maklumat lanjut disini – https://jpkk.org/aktiviti-terkini/

Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan

Sekumpulan pekerja pembersih wanita dihospital kerajaan berjaya menubuhkan Kesatuan ini bersama PSM dan menyatukan pekerja kontrak pembersihan hospital kerajaan. 38 tuntutan pekerja diluluskan melalui perjanjian Bersama (CA) dengan majikan atas usaha Kesatuan ini. Wanita-wanita berani ini telah bermotosikal selama 4 hari dari Pulau Pinang ke Putrajaya membawa mesej, baca maklumat lanjut disini (https://www.facebook.com/KesatuanPekerjaSwastaHospitalKerajaan/?ref=page_internal)

Ladang Kirby

Pekerja Ladang Kirby setelah 22 tahun enggan keluar dari estet dan melawan – protes depan Sime Darby, Pejabat MB, puluhan aduan polis dan Suhakam. Akhirnya kejayaan besar. Menang rumah harga khas RM36,000, kuil kekal. Satu kejayaan besar rakyat pekerja ladang bersama PSM. Selama 22 tahun mereka, baca lanjut disini (https://sosialis.net/2022/01/28/berakhirnya-penantian-22-tahun-pekerja-ladang-kirby/)

  • 2008 - LADANG SG. RINCHING: TIADA KEMENANGAN TANPA PENGORBANAN & PERJUANGAN

    21 Mar 2010, bekas pekerja-pekerja Ladang Sg. Rinching dan komrad-komrad Parti Sosialis Malaysia (PSM) meraikan kemenangan satu perjuangan yang telah berlanjut lebih dari satu dekad. Perjuangan mereka melawan syarikat perladangan, pihak pemaju dan kerajaan negeri Selangor menuntut rumah selesa telah berakhir.

  • 2006 - LADANG MIDLANDS: BERANI BERJUANG BERANI MENANG

    January 2006, kemenangan penduduk ladang Midlands yang terdiri daripada 25 keluarga – akhirnya telah menerima penyelesaian untuk keluar dari ladang, mengakhiri satu perjuangan pahit yang telah berlanjutan selama 15 tahun. Kumpulan terakhir yang tinggalkan ladang adalah kumpulan yang bersekutu dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

  • 2004 - PERJUANGAN 7 KELUARGA GREEN COW KEA FARM, CAMERON HIGHLANDS

    Kewujudan PSM Cameron sejak tahun 2004 telah memperkenalkan tradisi berjuang apabila hak-hak asasi seperti perumahan untuk rakyat dirampas. PSM Cameron kini sedang bersama rakyat di sana di dalam 2 perjuangan di kawasan itu

  • 2004 - 500 KELUARGA KUALA KUANG MELAWAN BALIK HAK UNTUK BERNAFAS

    23 April 2004, merupakan satu hari bersejarah dan bermakna kepada 500 keluarga di Kampong Baru Kuala Kuang dekat Chemor. Setelah bertungkus lumus dan berazam untuk enam tahun, akhirnya kemenangan tiba juga di kampung baru ini.

  • 2003 - KUASA RAKYAT PASTI MENANG: PENEROKA KG. CHEPOR MENERIMA GERAN TANAH

    Peneroka Kg. Chepor sebenarnya adalah bekas pekerja ladang gula dari kawasan Bagan Serai dan berpindah ke tempat ini dalam tahun 70an. Mereka bekerja di kawasan kilang Zon Industri Tasek. Oleh kerana mereka tiada rumah dan kemiskinan menyebabkan mereka memulakan penempatan di tanah kerajaan/bekas tanah lombong. 20 tahun kemudian, 31 keluarga dari sini dianiyai. Hasil dari perjuangan, 31 peneroka Bandar ini menjadi pemilik sah sebidang tanah.

  • 2002 - PETANI SG. BULUH: KEIKHLASAN & KEBERANIAN LEBIH PENTING DALAM PERJUANGAN

    22 keluarga petani telah berkerja keras untuk memulihkan tanah lombong yang terbiar, di belakang Sg Buloh, Sg Siput (U), disampaikan notis pengusiran pada Mei 2001. Pejabat Tanah, Dato Chang Ko Youn dan Dato Seri Samy Vellu telah diberitahu bahawa mereka adalah petani haram dan dengan itu tidak berhak kepada apa-apa pampasan sama sekali.

  • 2002 - 4 KALI ROBOH, 100 KALI BANGKIT! PERJUANGAN PEKERJA-PEKERJA BKT. JELUTONG

    Dengan maklumat lengkap yang kami peroleh tentang pengusiran berkenaan, semakin kami marah. Guthrie memang tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan. Pada 8 March 2002, Guthrie telah fail kes di mahkamah untuk pemilikan kosong (vacant possession) dan satu injuksi.

  • 2000 - PERJUANGAN PENGUSAHA VAN KILANG

    Pada tahun 2000 pihak JPJ telah melancarkan satu operasi secara besar-besaran. Operasi ini dijalankan siang malam untuk membasmikan van kilang yang tiada permit. Sebanyak 20 buah van telah disita dan banyak saman telah dikeluarkan. Pekerja-pekerja yang pulang dari kerja, pekerja-pekerja yang baru nak masuk kerja, pihak JPJ tidak peduli. Penguatkausa ini secara sengajanya menurunkan ke semua pekerja ditengah-tengah jalan dan menyita van tersebut tak kira siang malam.

  • 2000 - LADANG KLEBANG: KEMENANGAN DI MILLENNIUM BARU

    26 November 2000 untuk menyaksikan sambutan kemenangan. Kebanyakan mereka adalah dari Perak dan kumpulan pekerja yang lain datang jauh dari Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan. Tempat itu dihiasi dengan poster-poster dan bendera-bendera. Simbol genggaman tangan di tengah-tengah pentas, terbukti akan semangat sambutan bersejarah ini. Rentak gendang terus membara semangat. Kemudian satu demi satu pekerja yang di nantikan keluar. 17 orang, kebanyakannya wanita berumur di antara 50 hingga 71 tahun.

  • 1999 - KONSPIRASI TERHADAP GOLONGAN MISKIN PERISTIWA KG. SUNGEI NIPAH

    Sudah empat puluh (40) tahun mereka menduduki lereng bukit yang pernah menjadi tanah perkuburan dan hutan rimba. Inilah kampong mereka yang bernama Kg. Sg. Nipah. Bekas wakil rakyat YB Michael Chen pernah membenarkan mereka menerokai tanah ini dan pada 1977 YB G. Vadiveloo selaku ADUN BN kawasan Bukit Rajah telah merasmikan Balai Raya mereka.

  • 1998 - LADANG STRATSHILA: BERANI SEHINGGA AKHIR JALAN

    Ladang Stratshila berumur 100 tahun. Pengurusan ladang getah ini bertukar tangan dari Harrison Crossfield kepada Golden Hope selepas Negara merdeka. Lebih 1,000 pekerja bekerja di ladang ini pada zaman kemuncaknnya. Pada tahun 1998 Golden Hope menjual ladang ini kepada, PCBD (Perak Cooperation Berhad Development) untuk tujuan pembangunan (Bandar Meru Raya Cyber City Project). Ketika itu hanya tinggal lebih kurang 50 pekerja. Mereka diberi notis penamatan kerja dan hanya layak menerima faedah pemberhentian kerja (20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan). NUPW setuju dengan perjanjian ini. 20 pekerja membantah keputusan ini.

  • 1990 - LADANG SG. RASAH: KESEDARAN POLITIK DALAM PERJUANGAN EKONOMI

    Dalam salah satu mesyuarat jawatankuasa, kami mengambil keputusan untuk melindungi kawasan 100 meter perimeter daripada ancaman pencerobohan. Pengepungan, kawasan keselamatan, tidak boleh diceroboh oleh pemaju untuk kerja-kerja pembangunan mereka. Jawatankuasa itu juga memutuskan untuk membuat rondaan malam selepas menerima beberapa ancaman dari phak pemaju bahawa mereka mahu membakar rumah-rumah penduduk.

  • 1997 - SIAPA PEMBUNUH KESATUAN GUPPY PLASTIK?

    Ini semua bermula pada tahun 1997. Satu kumpulan wanita terus keluar dari kilang apabila majikan mereka, Guppy Plastic Industries Sdn Bhd menaikkan gaji sebanyak 10 sen!

  • 1995 - PERJUANGAN PENDUDUK KG. UDARA: DEMI MARUAH DAN MARTABAT MANUSIA

    Kumpulan kedua penduduk Kg. Udara menentang pengusiran itu kerana (a) tidak ada tempat alternatif untuk pergi (b) kemudian apabila mereka ditawarkan Rumah Panjang, mereka enggan terima kerana ia terlalu jauh dan akan kehilangan segala-galanya termasuk pekerjaan dan pendidikan anak-anak.

  • 1996 - PEKERJA-PEKERJA WILSON PARKING: SEHATI SEJIWA DALAM PERJUANGAN

    ‘Penswastaan’ menjadi kalimah Mahathir sehingga semua sektor kerajaan dilabel sebagai tidak berkesan, pekerja-pekerjanya malas dan tidak beruntung. Penswastaan adalah jawapan kepada propaganda pentadbiran Mahathir. Perkhidmatan ‘parkir’ (parking) kereta yang selama ini di bawah penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan dan sebelum itu Majlis Kerajaan Tempatan (zaman pilihanraya majlis 1957-1964), turut diswastakan.

  • 1989 - KAMPUNG BUKIT SG. PUTIH: TAK ADA YANG MUSTAHIL DALAM PERJUANGAN

    Ya, rumah 14 keluarga ini dirobohkan. Tiada notis diberi. Bukan sekali tapi dirobohkan sebanyak 4 kali, namun mereka membina semula setiap kali diroboh.